Nampak gayanya Solana (SOL) tidak mahu beralah, terus mengatasi altcoins lain dengan lonjakan ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $130.11 pada malam tadi waktu tempatan. Ini menjadikan merekodkan peningkatan SOL adalah sebanyak lebih 40% dari harga terendah harian pada 29 Ogos, $90.34.
Sebelum ini lonjakan Solana dikhabarkan berpunca daripada pelancaran Degenerate Ape Academy di rangkaian itu ketika pasaran non-fungible token (NFT) sedang hangat.
Bagaimanapun, kali ini pergerakan positif SOL semalam rupanya didorong oleh rakaman teaser “Ignition” yang dimuatnaik di laman Twitter rasminya pada 28 Ogos.
Ignition, sebuah hackathon maya dengan ganjaran sehingga $5 juta dilaporkan berlangsung bermula 31 Ogos sehingga 8 Oktober 2021. Sebagai rekod, ini merupakan projek hackathon yang ke-4 diusahakan oleh Solana, satu peluang dibuka kepada developers menjalankan eksperimen dan manfaatkan blockchain Solana dengan mencipta projek berkaitan kewangan desentralisasi (DeFi), permainan blockchain, Web3, dan NFT.
Lagi dua khabar baik mengaitkan pergerakan harga Solana:
24 Ogos – pengurusan aset digital, Osprey Funds telah mendaftar dana Solana dengan Securities and Exchange Commission (SEC).
25 Ogos – Pyth Network bersiaran di Solana. Pyth Network merupakan penyedia data bersumberkan dari bursa dan firma perdagangan, dan pada masa yang sama meliputi aktiviti pasaran global.
Pyth juga dikatakan akan menggunakan protokol komunikasi cross-chain Solana, Wormhole untuk menyiarkan data pasaran dengan aplikasi desentralisasi (dApps) yang berfungsi di Ethereum, Binance Smart Chain, dan Terra.
Tidak hairanlah tiga faktor tersebut mengundang kegilaan harga Solana dalam masa beberapa hari sahaja!
Disclaimer:
The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.
Thune helped cosponsor a crypto bill in 2022 called the Digital Commodities Consumer Protection Act
North Korean Malware Targets macOS Users by Evading Apple Notarization
DeltaPrime Protocol Attacked on Arbitrum and Avalanche, Resulting in $4.8 Million Loss
Polymarket Founder Raided by FBI After Trump Win, Company Says
0.00