Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Faktor Ini Punca Lonjakan Quant (QNT)

Faktor Ini Punca Lonjakan Quant (QNT) WikiBit 2021-09-08 18:48

Prestasi Quant (QNT) mengujakan para pelaburnya sejak beberapa hari lalu. Bermula dengan penyusutan sehingga $178 pada pagi 1 September, harga QNT melonjak tinggi sehingga 117% mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $387 pada 6 September, turut menyaksikan jumlah dagangan meningkat kepada $740 juta dalam 24 jam.

  • Perkembangan saling kendali

    • Perlancaran Overledger 2.0.5 pada 7 September menjadi kunci utama kepada penambahbaikan saling kendali yang menghubungkan ekosistem institusi dan perusahaan dengan stablecoins, DeFi, NFT, dan beberapa aset digital standard ERC20 dan ERC721 untuk penyelesaian.

    • Melalui Overledger Payment API ini juga pembayaran DeFi multi-teknologi lejar diedarkan (multi-DLT) dapat dijalankan dengan menggabungkan produk peminjaman dan staking dengan pilihan penyelesaian baharu.

  • Penawaran insentif

    • Quant telah melancarkan program untuk menarik lebih ramai pembangun menyertai ekosistem mereka.

    • Idea ini diinspirasikan oleh beberapa rangkaian seperti Polkadot (DOT), Ethereum (ETH), dan Cosmos (ATOM) yang ligat menawarkan insentif kepada pembangun yang berminat, sekaligus mencipta komuniti aktif hingga menjayakan rangkaian mereka.

  • Penyenaraian di bursa utama

    • Dagangan QNT akhirnya dibuka di platform Coinbase dan Binance hingga menyebabkan jumlah dagangannya meningkat daripada $9 juta kepada lebih $740 pada 6 September.

    • Di Coinbase, QNT turut disenaraikan bersama beberapa token lain seperti BarnBridge (BOND) dan Livepeer (LPT).

Bagaimanapun, QNT mencatatkan penyusutan ketika artikel ini ditulis susulan daripada kejatuhan harga Bitcoin (BTC).

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00